Saturday, May 28, 2011

Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

  1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang.
  2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
  3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.




4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah malalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

0 comments:

Post a Comment